Gaya Sepadan Dengan Jam Tangan Untuk Pasangan
MEDIA FEATURE by Nur Sofea of Jelita, June 11, 2019
Bagi anda yang mencari jam tangan untuk diberikan kepada pasangan atau untuk dijadikan sebagai hadiah hantaran, jam tangan koleksi Patron CJ1096 daripada Charles Jourdan adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Koleksi ini menampilkan jam tangan untuk lelaki dengan diameter berukuran 40 mm manakala diameter untuk jam tangan wanita adalah 36 mm. Untuk setiap model ini, tarikh aperture diletakkan pada kedudukan jam tiga pada wajah pembaca waktu tersebut.
Turut hadir dalam rekaan yang sama adalah model CJ1096-1617D, CJ1096-1887D dan CJ1096-1577D yang didatangkan dengan rona rose gold atau keluli dengan dail putih, biru atau rose gold dengan dail biru dan rose gold dengan dail rona sama. Jam tangan ini dipasang dengan penunjuk masa berbentuk pedang bertatahkan berlian asli sebagai penanda masa.
Bagi anda yang gemarkan jam tangan berciri diameter lebih besar atau suami anda yang inginkan sesuatu yang tampak mewah, model CJ1096-2357D dengan dail putih mutiara adalah model yang sesuai untuk anda. Ia turut hadir dengan diameter lebih kecil seperti model CJ1096-2537D dan CJ1096-2737D.
Sebagai tambahan pada model tersebut adalah CJ1096-2657D, CJ1096-2887D dan CJ1096-2577D. Model ini tampil dengan keluli atau rose gold dengan dail putih mutiara, biru atau rose gold dengan dengan dail rona rose gold.
Model CJ1096-2382, CJ1096-2612 dan CJ1096-2882 pula direka dengan keluli dengan dial hitam, rose gold atau keluli dengan dail putih dan biru dan rose gold dengan dial hitam. Model jam tangan ini mempunyai tangan jam baton yang nipis. Jam ini dibuat khas untuk wanita yang mencari pembaca waktu berdiameter 36 mm dan ia turut direka untuk lelaki dengan diameter berukuran 40 mm seperti model CJ1096-1382, CJ1096-1612 dan CJ1096-1882.
Melihatkan pada rekaan menarik yang ada pada setiap model koleksi jam tangan Charles Jourdan, menjadikannya jam tangan yang sesuai untuk pasangan. Semua model direka dengan gelang keluli pautan ‘H’ yang unik dan menarik. Cangkuk rama-rama yang selesa menambahkan tarikan pada jam tangan ini kerana ia akan melekap dengan sempurna pada pergelangan tangan anda.
Gelang jam tangan itu pula sepadan dengan rona casing dan melengkapkan rekaan dail dengan cara yang menarik. Semua jam tangan itu dikuasakan dengan pergerakan kuarza Jepun yang tepat dan boleh dipercayai . Case jam tangan ini pula kalis air sedalam 30 meter.
Lebih menarik, kesemua case diperbuat menggunakan keluli tahan karat padat yang dilekatkan bersama dengan kristal nilam telus yang menambahkan lagi tarikan pada dail jam tangan tersebut.
Jam tangan menarik ini dijual bermula harga RM1,288 sehingga RM1,600 dan ia boleh didapati di butik Solar Time dan kedai menjual jam tangan mewah di seluruh negara. Anda juga boleh membelinya secara dalam talian di Solar Time.